Search from various English teachers...
Profile
Learning
English
Language Skills
MalayNative
Lesson Feedback
Lesson history
 Last monthLast 3 monthsAll time
Completed lessons000
Attendance rate100%100%100%
Teacher reviews
No record
Activities
  • Corrected
    catatan harian 19/3 bahagian 1 Sehingga semalam, saya telah belajar selama 70 hari untuk bersiap menjadi seorang sukarelawan. Saya tinggal di asrama terletak di pertengahan gunung bersama dengan 75 orang rakan lain. Setiap hari kecuali hari Ahad, saya ada kelas bahasa Melayu dan pelbagai ceramah. Kehidupan di situ sangat sibuk, walaupun saya menyangka saya tidak akan begitu sibuk kerana saya tidak perlu pergi jauh ke tempat latihan atau memasak makanan. Setiap hari saya bangun pada pukul 6.10 pagi dan menyertai perhimpunan pagi mulai pukul 6.30 pagi. Pada waktu malam saya belajar sehingga lebih kurang pukul 9.30 malam dan tidur pada pukul 11.00 malam. Saya tidak mempunyai cukup masa untuk bermain membina rumah salji atau bercerita tentang tugasan masing-masing atau perancangan selepas ini. Tetapi saya dapat berkenalan dengan ramai kawan yang bagus di situ. Cikgu-cikgu bahasa Melayu pun bagus sekali. Mereka bukan sahaja mengajar tatabahasa dan kosakata bahasa Melayu, mereka juga berkongsi banyak adat-istiadat dan keadaan semasa di Malaysia. Mereka sangat baik hati dan saya boleh nikmati belajar bahasa Melayu setiap hari.
    0 voted
    September 1, 2021
    0
  • Corrected
    Aku menyelamatkan seekor burung daripada seekor kucing. Aku memikirkan seekor burung. Waktu aku di Kuching (Malaysia), aku menyelamatkan seekor burung dari kucing. Ia masih tidak pandai terbang, jadi aku mengajarnya. Pada akhirnya, aku meninggalkannya di hutan.
    0 voted
    September 1, 2021
    0
  • Corrected
    Budaya dan Kesusasteraan Melayu. Saya sangat suka budaya dan kesusasteraan Melayu kerana Malaysia adalah negara yang memiliki pelbagai jenis budaya. Ada pengaruh dari India dan juga dari Arab. Dalam bahasa Melayu terdapat banyak perkataan daripada bahasa Sanskrit dan juga dari bahasa Arab. Saya juga suka baca hikayat-hikayat Melayu yang lama kerana hikayat tersebut sangat menarik bagi saya. Saya juga sangat suka makanan orang melayu seperti nasi lemak dan nasi goreng.
    0 voted
    September 1, 2021
    0
  • Corrected
    Hikayat Melayu Lama Hikayat Melayu kegemaran saya ialah Hikayat Parang Puting. Hikayat tersebut mengisahkan tentang seorang budak miskin yang membeli seekor anak ular yang bertukar menjadi seekor naga besar. Ada banyak cerita dalam hikayat itu antaranya tentang naga dan raksasa serta tentang raja-raja, permaisuri dan tuan puteri yang cantik. Saya juga suka membaca Hikayat Inderaputera. Dalam Hikayat Inderaputera ada seorang anak raja yang ditangkap oleh seekor merak emas terbang. Kemudian dia membunuh banyak raksasa.
    0 voted
    September 1, 2021
    0
  • Corrected
    Saya dulu tinggal di Malaysia. Ketika itu saya belajar bahasa melayu. Saya mahu bercakap menggunakan bahasa melayu. Saya tak mahu lupa.😂
    0 voted
    September 1, 2021
    0
  • Corrected
    Selamat Pagi. Menurut saya teman sejati akan membantu saya meskipun ia buruk untuk mereka. Saya mempunyai banyak teman tetapi saya mempunyai sedikit teman sejati. Kebanyakan teman saya akan membantu saya, tetapi hanya ketika senang. Berberapa teman saya membantu saya, tetapi saya perlu membantu mereka pada masa hadapan. Beberapa teman yang membantu saya, mereka mahukan sesuatu sebagai balasan. Teman sejati, mereka akan membantu saya, tanpa meminta balasan dan ketika saya perlu bantuan.
    0 voted
    August 31, 2021
    0
  • Corrected
    Biasanya pada hari natal saya akan menghabiskan waktu bersama keluarga. Pada waktu pagi, kami selalu pergi ke pantai kerana biasanya cuaca di hari natal sangat panas di Australia. Di pantai, kami berenang dan bermain bola. Setelah kembali ke rumah, kami membuka hadiah. Kemudian, kami memasak makan tengah hari. Kami selalu memasak makanan laut dan BBQ. Ini tradisi di Australia. Setelah makan siang, kami bermain dengan hadiah atau tidur siang. Sekitar jam tiga petang, kami makan makanan natal. Kami memanggang daging dan sayur. Setelah makan kami minum anggur merah dan menonton filem.
    0 voted
    August 31, 2021
    0