Corrections · 2
Kesedihan
Aku tahu hidup ini bukanlah perkara yang mudah.. Tetapi kadangkala, terasa macam aku tidak buat yang terbaik untuk jadi yang terbaik dan aku masih buntu dengan kehidupanku... Maksud aku, aku selalu berfikir mengenai masa depan kerana aku masih muda lagi, tetapi aku masih tidak dapat membuat keputusan. Contohnya, pilihan universiti serta kerjaya yang aku ingini.
Apabila berfikir tentang perkara-perkara yang boleh dikatakan 'genting' ini, aku selalu akan elak dan bagi pelbagai alasan yang tersendiri. haahahahaha
Tetapi jauh di sudut hati, aku sentiasa berharap suatu hari nanti (dan secepat mungkin) aku akan jadi lebih matang dan dewasa untuk menetapkan dan membuat keputusan sendiri. Ketakutan tidak akan aku jadikan sebagai penghalang!!!!!!
Seronok la pulak tulis note dalam BM hahahaha XD
Want to progress faster?
Join this learning community and try out free exercises!
Don’t miss out on the opportunity to learn a language from the comfort of your own home. Browse our selection of experienced language tutors and enroll in your first lesson now!
Start Learning Today
